Gangguan Suara Lelaki
Gangguan Suara Lelaki
Salam KC,
Nama saya Shah. Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama KC dan juga pendengar RIA 89.7FM. Kisah yang ingin saya kongsikan ini merupakan kisah yang benar-benar terjadi kepada saya. Saya mempunyai seorang saudara yang membuka kedai makan di Parit Raja, Muar, Johor. Kedai makannya beroperasi hanya pada waktu malam bermula sekitar jam 8 malam sehingga 3 pagi. Kedai makannya akan ditutup setiap hari Khamis, malam Jumaat. Saya sering membantunya di kedai sekiranya ada waktu yang terluang.
Hendak dijadikan cerita, pada satu Jumaat malam Sabtu, apabila pulang dari pejabat saya terus ke sana untuk membantunya di kedai. Biasalah, apa yang saya buat seperti biasa, tolong mengambil pesanan, menghantar makanan dan minuman, membasuh pinggan dan sebagainya. Pada malam yang disebutkan, pelanggan tidak begitu ramai jadi saudara saya mengambil keputusan untuk tutup kedai lebih awal iaitu sekitar jam 2 pagi. Selepas mengemas, dan tutup segalanya saya pun terus berjalan ke kereta. Kereta saya terletak hanya lebih kurang 50 meter dari pintu kedai. Hanya di seberang jalan sana.
Sampai sahaja di tepi pintu kereta pemandu, saya pun tekan sistem amaran kereta untuk membuka pintu. Seketika selepas saya menekan sistem amaran kereta, tak sempat saya hendak membuka pintu kereta, saya terdengar ada orang berbisik di telinga saya, "Hoiiii..." Saya terasa ada hembusan nafas seseorang di belakang telinga kanan saya. Saya toleh ke belakang, tetapi tiada sesiapa di belakang saya. Saya dapat rasa ada hembusan orang di belakang saya. Saya diamkan diri. Saya dengar suaranya seperti orang lelaki. Saya kuatkan semangat saya. Saya buka pintu kereta.
Seketika saya duduk, belum sempat saya tutup pintu kereta, ada orang menjerit di sebelah kanan saya. "Hoiiiiiiiiii!!!!!" Kuat jeritannya. Pintu kereta saya masih tak tertutup. Saya pandang ke sebelah kanan saya, tiada sesiapa yang berada di sana. Saya tak tahu nak buat apa, nasib baik ada saya simpan CD surah-surah suci di dalam kereta saya. Saya tutup pintu kereta, saya pasang CD tersebut, terus saya cabut. Nasib baik rumah saudara saya hanya lebih kurang satu kilometer saja dari tempat itu. Sampai sekarang masih terngiang lagi suaranya. Begitu jelas di belakang saya pada waktu itu.
Itu sahaja yang ingin saya kongsikan bersama KC dan juga pendengar RIA 89.7FM. Terima kasih KC dan Selamat malam.
Shah Juan
TERIMA KASIH SHAH!!!

Komentar
Posting Komentar