MISTERI JAM 12 MALAM
Dua Kisah Dari A
Assalammualaikum DJ KC,
KISAH PERTAMA
Saya A ingin berkongsi pengalaman. Kisah ini terjadinya kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Waktu itu saya merupakan seorang ibu tunggal dan menetap dengan kedua orang emak dan bapak saya. Saya dan anak lelaki saya yang pada masa itu berusia setahun lebih tidur sebilik. Emak dan bapak saya tidur di bilik yang lain. Di dalam bilik saya tidak ada katil tapi hanya tilam bersaiz "queen" serta bantal-bantal dan selimut dan almari saja. Seperti malam-malam yang biasa cuma saya dua beranak yang tidur di atas tilam tersebut.
Tapi pada satu malam, sedang nyenyak anak saya tidur dan saya pula tidur-tidur ayam, terperasan pintu bilik saya seperti hendak dibuka oleh seseorang. Saya tidak fikir apa-apa sebab saya ingatkan itu adalah emak atau pun bapak saya. Jadi saya buat tak endah. Saya cuba untuk sambung tidur, golek sana golek sini, pusing sana pusing sini, masih tak boleh terlelap mata saya. Rasa tak sedap hati tiba-tiba timbul. Dan dalam keadaan sedar tak sedar, tiba-tiba, saya terasa seperti ada sesuatu sedang berjalan ulang-alik di atas bantal kepala saya. Hendak buka mata tak berani jadi saya setakat mengintip di celah-celah bantal yang saya tutup ke muka saya. Tidak nampak apa-apa. Mungkin itu perasaan saya agaknya.
Selepas itu kedengaran pula bunyi pintu bilik saya seperti ditutup seseorang. Lalu saya mencampakkan bantal yang saya gunakan untuk menutup muka, bangun dan terus menghidupkan lampu. Saya memberanikan diri untuk membuka pintu. Alangkah terperanjatnya saya yang ruang tamu di rumah saya gelap-gelita. Dengan pantas saya menutup pintu bilik saya dan terus baring semula di sebelah anak saya.
Keesokan harinya, saya pun menceritakan kepada orang tua saya. Mereka meminta bantuan dari seorang pakar. Pakar ini memberitahu bahawa itu adalah "SESUATU BENDA" yang terbiar saja-saja singgah hendak mengganggu kerana saya bekerja syif dan harus pulang lewat malam dan secara tak sedar saya jalan melalui atau pun melintas "BENDA-BENDA" ini...
KISAH KEDUA
Kisah ini pula terjadi pada sekitar lapan tahun yang lalu. Ianya terjadi sewaktu minggu yang saya hendak bernikah. Maklumlah sudah berjumpa jejaka yang ingin sehidup semati dengan saya walaupun dia tahu yang sebelum ini saya hanyalah seorang ibu tunggal. Biasalah kalau sudah hendak bernikah, bermacam-macam benda yang harus diambil-beratkan. Sibuk memanjang. Seperti memakai inai untuk saya dan pasangan, memastikan baju serta cincin perkahwinan dah tersedia.
Pada masa itu saya dan pasangan balik lewat pagi iaitu sekitar pukul dua lebih pagi. Saya terlihat seperti ada sesuatu di luar koridor rumah. Alangkah terperanjatnya saya bila saya terlihat butiran beras, kacang hijau dan pasir. Saya dan pasangan tidak berani untuk menyentuh barang itu. Pada keesokan hari, saya mengadu dengan bapak saya lalu dia tidak melengah-lengahkan masa terus pergi meminta bantuan seorang pakar. Setelah pakar datang dan lihat, lalu dia berkata yang ini adalah perbuatan hasad dengki dan dia juga ada memberitahu yang orang yang berkenaan ini adalah orang yang dikenali dan terdekat tapi bukan anggota keluarga.
Saya dan pasangan rasa resah sangat-sangat kerana hari yang kami nanti-nantikan dah pun semakin dekat. Lalu diberi air bacaan ayat-ayat suci untuk diminum agar menenangkan saya dan pasangan. Setelah tibanya hari pernikahan, syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi, kesemuanya berjalan dengan lancar sekali.
Terima kasih DJ KC dan Selamat Tengah Malam...
TERIMA KASIH A!!!

Komentar
Posting Komentar