Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2013

Kisah Kerajaan Tua

Kisah Kerajaan Tua PROLOG Malam terasa panas sekali, susah sekali memejamkan mata meski aku merasa sangat mengantuk sekali. Mungkin ada yang salah dengan pergantian musim tahun ini, padahal sudah bulan Oktober, seharusnya sudah turun hujan. Dan tempat tinggalku ada di lereng gunung Kawi, masak terasa sangat panas sekali seperti ini. Aku berdiri mengambil rokok di atas meja, kuputuskan untuk keluar ke teras rumah, mungkin bisa mendapatkan udara yang sedikit sejuk. Melewati ruang tengah aku lihat jam dinding menunjukkan pukul setengah satu pagi. Sudah larut juga gumamku. Setelah di teras depan rumah, aku segera menyalakan rokok, terasa sejuk juga udara di luar. Alam di sekitar terasa sangat sunyi sekali, hanya terdengar suara jangkrik dan suara semilir angin menerpa daun pohon mangga di sebelah rumah. Setelah sebatang rokok habis, aku berdiri akan kembali ke kamar mencoba untuk tidur. Tiba-tiba aku di kejutkan oleh cahaya yang sangat terang sekali, aku segera bergegas menuju ke arah...

Kenapa Mesti Saya???

Kenapa Mesti Saya??? Salam dan selamat malam KC, Nama saya Pika dan saya berasal dari Semenanjung Malaysia. Saya dibesarkan di kawasan yang dkelilingi kebun getah. Untuk pengetahuan semua, kawasan penempatan saya ini dibuka ketika tahun 80an. Kisah ini terjadi ketika umur saya 9 tahun lagi, ya masih mentah untuk semua orang percayakan saya tapi inilah pengalaman menakutkan seumur hidup saya. Percaya atau tidak, saya diganggu oleh makhluk misteri untuk beberapa tahun lamanya. Begini ceritanya. Saya tidak tahu apa salah saya tapi setiap malam saya 'dikejutkan' oleh sesuatu. Saya akan dibangunkan dari lena pada setiap malam. Kadangkala pukul 1 pagi, kadangkala pukul 2 pagi, kebanyakannya pada pukul 3 pagi. Dan saya akan diganggu sehinggalah azan Subuh. Saya hanyalah seorang kanak-kanak tapi terpaksa berjaga sehingga pagi. 'Benda' itu akan mengejutkan saya dengan pelbagai cara. Dia pernah mengetuk lantai papan betul2 di sebelah muka saya. Tahu sajalah rumah di Felda, ...

Kena Rasuk

Kena Rasuk Assalamualaikum KC, Nama saya Firdaus dari Pulau Pinang. Saya ingin berkongsi peristiwa yang dilalui oleh mak saya. Begini ceritanya. Mak dan ayah pergi ke rumah nenek untuk melawat nenek. Apabila tiba di rumah nenek ayah memberi salam "Assalamualaikum..." tetapi tiada siapa yang menyahut. Apabila mak dan ayah naik ke atas rumah membuka pintu ternampak nenek duduk di ruang tamu. Ayah bertanya "Mak... Kenapa mak tak menyahut salam cek?" Nenek masih diam. Keadaan nenek masa itu amat menyeramkan. Nenek seperti melihat di atas siling sambil tersenyum. Ayah berkata kepada mak, "Ada yang tak kena ni". Begini dialog mereka. Ayah : Min (panggilan ayah pada mak) pergi ambil lada hitam, batu lesung dan kain batik yang telah dipakai. Dengan segera mak mengambil. Ayah membaca beberapa potong ayat suci Al-Qur'an dan mengambil lada hitam dan memegang ibu jari kaki nenek. Nenek : Adoi sakit!!! Ayah : Dari mana kau datang? Nenek : Tu depan tu......

Tiga Kisah Dari Pendengar Di Negara Jerman

Tiga Kisah Dari Pendengar Di Negara Jerman Salam KC, Kak Nana menetap di Jerman bahagian utara barat bersama suami berbangsa Jerman. Kak Nana sudah lebih dari lima belas tahun meninggalkan Singapura tetapi akan pulang setiap tahun menjenguk ayah dan keluarga. Cerita Kak Nana begini. Sejak berpindah di rumah baru sekitar dua tahun yang lepas, Kak Nana tak lepas dari gangguan2. Waktu sebelum masuk rumah ini, Kak Nana ada bersihkan rumah kami dengan mengazankan di semua penjuru rumah dan putarkan surah2 suci Al-Qur'an. Rumah ini ada tiga bilik tidur di bahagian atas. Satu bilik Kak Nana khaskan bilik untuk bersolat, kedua khas bilik tetamu dan akhir bilik tidur kami. Rumah kami adalah rumah sebuah serta mempunyai taman yang sederhana besarnya dan jiran2 ada di bahagian sebelah dan di belakang walaupun mereka tidak sangat jauh tapi tidak juga dekat. Jika menjelang malam memang sangat2 gelap di taman Kak Nana. Kak Nana sudah tiga kali diuji dengan gangguan. A) Kejadian pertama...

Rumah Angker

Rumah Angker Salam sejahtera DJ KC dan para peminat MJ12, Nama saya Suhartatik dan berasal dari Indonesia. Kisah yang ingin saya ketengahkan terjadi pada diri saya sendiri dua hari yang lalu di kampung saya, Jombang, Peterongan. Hingga ke detik ini kejadian yang saya alami itu masih bermain di benak saya. Kejadian itu berlaku sekitar empat petang. Untuk pengetahuan semua, rumah yang saya diami adalah rumah lama diperbuat dari kayu dan jikalau masak, ibu menggunakan kayu untuk jadikan bahan bakar masak. Pada waktu itu, saya berada di hutan mencari kayu bersama teman akrab saya, Erna. Kami sering mencari kayu bersama di hutan yang letaknya sepuluh minit dari rumah saya. Hutan tersebut bernama "Hutan Kembeng Aie". Hutan ini dikatakan angker oleh penduduk di sini. Namun, itu semua tidak menjejas saya dan teman saya untuk mencari kayu. Ini sudah menjadi tugas seharian saya semenjak ayah meninggal dunia. Semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah saya, di arah barat kami ...

Gangguan Di Dusun Durian

Gangguan Di Dusun Durian Selamat malam DJ yang bertugas, juga kepada rakan-rakan pendengar yang lain, Pertamanya, izinkan saya menggunakan samaran saya, iaitu Jelutupi @ Jelu, berasal dari Sarawak dan pernah mengirimkan sebuah cerita (Kisah mengkebumikan mayat) suatu ketika dulu. Saya ada sebuah lagi cerita seram / misteri yang diceritakan oleh rakan saya. Beliau meminta untuk dirahsiakan namanya. Begini ceritanya… Ada sebuah dusun durian yang dikongsikan oleh beberapa buah rumah panjang, yang dipanggil ‘dusun kongsi’ (merupakan dusun yang dahulunya ditanam oleh datuk nenek moyang dan tidak diketahui pemilik sahih, oleh itu ianya diisytiharkan perkongsian beberapa keluarga yang berasal dari keturunan yang sama). Dusun itu terletak betul-betul di kaki Bukit Begunan. Sejarah Bukit Begunan memang cukup dikenali oleh penduduk Sri Aman khasnya, kerana setiap tahun, AKAN ADA terjadinya kemalangan yang meragut nyawa manusia. Dikatakan kawasan itu menuntut darah manusia setiap tahun. K...

Hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur Assalamualaikum Dzar/KC, Minggu lepas (23/3), Rin pergi ke KL bersama suami dan anak yang berumur tiga tahun untuk sambut hari lahir Rin. Rin menetap di sebuah hotel di daerah Bukit Bintang dari 23/3 (Sabtu) hingga 26/3 (Selasa) di bilik Eksekutif. Di bilik Eksekutif itu, ada ruang tamu dan sebuah bilik tidur. Di ruang tamu ada sofa, televisyen, peti sejuk, meja tulis dan almari baju. Tandasnya berada dalam kamar tidur. Rin nampak di meja kecil di tepi katil ada kitab Al-Qur'an dan Bible di dalam laci tapi tak fikir apa-apa. Pada malam pertama, Rin masuk tidur dengan anak dan suami masih menonton televisyen di ruang tamu. Pada esok hari, suami berkata malam semalam, dia tak boleh tidur. Dia kata semasa dia sedang menonton televisyen sekitar jam satu lebih pagi, dia terdengar seperti ada ketukan di tingkap (bilik kami di tingkat 26). Pada mulanya ketukan itu perlahan. Selepas itu dia terdengar seperti ada suara perempuan sedang menangi...

Kisah Di Chalet Banglo Pasir Ris

Kisah Di Chalet Banglo Pasir Ris Selamat tengah malam KC dan peminat MJ12, Nama saya Lalaa dan saya ingin berkongsi kisah saya. Kejadian ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Keluarga bapa saya telah mengadakan sambutan hari lahir selama tiga hari di sana. Pada hari pertama, tiada apa-apa gangguan. Ia berlaku pada hari yang kedua, sedang kami beramai-ramai membaca doa selamat, bapa dan teman lelaki saya sedang sibuk memanggang satay, ayam dan macam-macam lagi. Sedang bapa berdiri di tempat memanggang, bapa saya terdengar sesuatu seperti “PSSSTT” namun tidak dihiraukan. Selang beberapa saat kemudian, teman lelaki saya terdengar tangisan bayi menangis. Salah seorang sepupu bapa memang senang melihat benda halus, maklum dalam badannya memang ada benda yang damping setelah diturunkan oleh arwah moyang saya. Tamat saja membaca doa selamat, nenek saya dengan cepat ingin balik kerana adik sepupu saya menangis tak henti-henti. Bila ditanya kenapa ingin pulang awal, nenek pun berkata, “Bu...

Teman Disampuk

Teman Disampuk Assalamualaikum DJ KC, Maafkan saya kalau cerita saya tidak berapa seram. Tetapi pengalaman saya ini memang membuat saya tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku. Tahun lepas, sedang saya mengalami sedikit masalah setelah keguguran kali kedua, saya banyak menyendiri sehingga saya mengalami kemurungan. Dan pada ketika itu, ramai teman-teman saya menghubungi saya untuk memberi saya perangsang dan mengembalikan semangat saya. Seorang teman saya, Janet, akan menghubungi saya tiap-tiap hari pada waktu rehatnya pada jam 12 tengah malam dan saya akan buat panggilan bersidang bersama ramai lagi teman saya sehinggalah Subuh. Janet bekerja secara tetap syif malam, jadi waktu kerjanya bermula dari jam 5.30 petang hingga ke 3.00 pagi. Pada satu malam, saya sedang membuat panggilan bersidang bersama Janet, salah seorang teman lelaki saya yang sangat dikenali di kalangan teman-teman saya sebagai Fahmi, dan Faridah, teman karib saya, Tiba-tiba Faridah terasa bagaikan ...

Gangguan Suara Lelaki

Gangguan Suara Lelaki Salam KC, Nama saya Shah. Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama KC dan juga pendengar RIA 89.7FM. Kisah yang ingin saya kongsikan ini merupakan kisah yang benar-benar terjadi kepada saya. Saya mempunyai seorang saudara yang membuka kedai makan di Parit Raja, Muar, Johor. Kedai makannya beroperasi hanya pada waktu malam bermula sekitar jam 8 malam sehingga 3 pagi. Kedai makannya akan ditutup setiap hari Khamis, malam Jumaat. Saya sering membantunya di kedai sekiranya ada waktu yang terluang. Hendak dijadikan cerita, pada satu Jumaat malam Sabtu, apabila pulang dari pejabat saya terus ke sana untuk membantunya di kedai. Biasalah, apa yang saya buat seperti biasa, tolong mengambil pesanan, menghantar makanan dan minuman, membasuh pinggan dan sebagainya. Pada malam yang disebutkan, pelanggan tidak begitu ramai jadi saudara saya mengambil keputusan untuk tutup kedai lebih awal iaitu sekitar jam 2 pagi. Selepas mengemas, dan tutup segalanya saya pun ...

Misteri Penerbangan Malam

Misteri Penerbangan Malam Assalamualaikum KC & selamat malam, Nama saya Fir. Kisah ini berlaku lapan tahun yang lalu, ketika itu saya masih bekerja sebagai pembersih dalaman kapal terbang (Aircraft Interior Cleaning atau singkatannya AIC). Kerjanya mungkin agak senang, membersihkan dalaman kapal terbang, seperti tempat duduk, meja, majalah, tandas, ruang pekerja dan sebagainya dengan hanya sebelas orang pekerja. Macam-macam kapal terbang dibersihkan, dari kapal jenis A319, B747, B777 hinggalah A380. Cuba bayangkan betapa besar kapal Megatop 747 dengan hanya empat orang pekerja membersihkannya. Kisah ini berlaku apabila penerbangan jenis A340-500 membuat perhentian semalaman. Dan kapal ini agak istimewa kerana kesemua tempat duduknya bertaraf kelas bisnes, dan bila enjin dimatikan hanya kedengaran kapal-kapal terbang lain yang berlepas. Ia juga merupakan kapal terbang yang biasanya membawa jenazah. Jadi pada malam itu dengan kru sebelas orang, kami bertugas seperti biasa mengg...

MISTERI JAM 12 MALAM

Dua Kisah Dari A Assalammualaikum DJ KC, KISAH PERTAMA Saya A ingin berkongsi pengalaman. Kisah ini terjadinya kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Waktu itu saya merupakan seorang ibu tunggal dan menetap dengan kedua orang emak dan bapak saya. Saya dan anak lelaki saya yang pada masa itu berusia setahun lebih tidur sebilik. Emak dan bapak saya tidur di bilik yang lain. Di dalam bilik saya tidak ada katil tapi hanya tilam bersaiz "queen" serta bantal-bantal dan selimut dan almari saja. Seperti malam-malam yang biasa cuma saya dua beranak yang tidur di atas tilam tersebut. Tapi pada satu malam, sedang nyenyak anak saya tidur dan saya pula tidur-tidur ayam, terperasan pintu bilik saya seperti hendak dibuka oleh seseorang. Saya tidak fikir apa-apa sebab saya ingatkan itu adalah emak atau pun bapak saya. Jadi saya buat tak endah. Saya cuba untuk sambung tidur, golek sana golek sini, pusing sana pusing sini, masih tak boleh terlelap mata saya. Rasa tak sedap hati tiba-tiba...

Cerita Misteri keangkeran jalan tol Cipularang

Kismis: Cerita Misteri keangkeran jalan tol Cipularang Kasus meninggalnya Virginia Anggraeni, Istri Safilul Jamil, di Tol Cipularang, menambah cerita misteri yang telah berkembang di jalan tol yang menghubungkan Bandung dan Jakarta itu. Penyebab kecelakaan, menurut seorang petugas TMC Polda Metro Jaya, Niniek, karena sopir (Saipul Jamil) kaget karena tiba-tiba ada sebuah bus menyalip dari arah sebelah kiri. “Jadi si pengemudi kaget, dia langsung membanting stir dan mobil sempat terplanting. Lalu mobil menabrak median jalan. Namun nomor polisi bus tersebut tidak terlacak,” kata Niniek. Menurut Niniek, polisi terus berusaha mendapatkan data soal bus tersebut. “Sampai saat ini kami terus berusaha mendapatkan data bus tersebut,” kata Niniek. Sementara itu, ketika diwawancarai oleh infotainment salah satu TV Swasta, Saipul menuturkan, saat kejadian tiba-tiba ia merasa ada angin kencang yang mengempas mobilnya ke kanan. Ia hilang kendali. Mobil membentur pembatas jalan tol dan tergul...

cerita misteri reunion cipularang (cerita mistis dari warga)

Setahun yang lalu, saya bermain ke rumah uwak saya yang ada di daerah Purwakarta. Sudah sangat lama saya tidak pernah berkunjung ke sana. Suasana di sana dulu sangat berbeda dengan suasana saat ini. Di mana dulu daerah uwak saya tinggal adalah daerah pesawahan yang sangat luas, berbeda dengan sekarang saat ini yaitu tepat di depan rumah uwak saya ini telah dibangun sebuah jalan tol dan hanya di batasi oleh pohon bambu, yang dikenal dengan jalan tol Cipularang. Sebenarnya ini cerita yang di alami oleh sepupu saya yaitu anak dari uwak. Perlu teman-teman ketahui pembangunan tol Cipularang yaitu dibangun di atas makam atau kuburan besar, maksudnya makam yang sudah lama dan dan banyak jasad di kuburkan di sana. Waktu pembangunan tol Cipularang itu, banyak pegawai yang mengerjakan proyek tersebut mengalami kejadian aneh bahkan kecelakaan yang tidak wajar. Bahkan sampai saat ini sering terjadi kecelakaan sampai menelan korban. Bagi warga Purwakarta hal ini tidak aneh, mungkin karena serin...

Tumbal Pesugihan Buaya Putih

Kumpulan Cerita Mistik; Tumbal Pesugihan Buaya Putih Ketika aku masih kecil, ada salah seorang tetangga kami yang hidupnya serba berkecukupan, usahanya maju, rumahnya bagus, dan uangnya banyak, saking banyaknya uang tersebut, mereka membuka usaha baru, yaitu menjadi rentenir, si lintah darat itu. Semakin hari kekayaannya semakin bertambah banyak akan tetapi hal itu berbanding terbalik dengan kekayaan hati yang dimilikinya yang kian hari kian menipis bahkan mungkin menghilang, tidak punya kekayaan hati sama sekali. Oleh karena itulah, mereka selalu membusungkan dada mereka dan menganggap tetangga mereka hanyalah lalat-lalat pengganggu sehingga tak perlu menjaga omongan kepada tetangga. Semua tetangga pernah dihinanya termasuk juga keluargaku, ayah, ibu, aku, kakak-ku, adik-ku, semuanya tidak luput dari hinaan mereka. Apalagi memang dari dulu sampai hari itu bahkan sampai sekarang, keluargaku selalu jadi bahan hinaan para tetangga. Huh, apakah itu hanya karena ibuku orang jawa? Tapi bu...

Misteri Penampakan dan Jeritan di Lawang Sewu

Misteri Penampakan dan Jeritan di Lawang Sewu Misteri Lawang Sewu Misteri Lawang Sewu Pernah mendengar tentang Lawang sewu sob? Gedung ini memiliki sejarah yang panjang selain juga cerita mistisnya. Lawang Sewu dulunya merupakan sebuah gedung di Jawa tengah, Tepatnya kota Semarang. Merupakan kantor dari Nederlands-Indische Spoorweg Maatschappij atau NIS. Banyak diberitakan mengenai misteri penampakan dan jeritan di Lawang Sewu di waktu malam. Saat ini gedung ini merupakan tempat wisata sejarah meskipun banyak juga orang iseng yang menjadikannya ajang uji nyali. Gedung Lawang Sewu ini terkenal menyeramkan dan angker. Dibangun pada tahun 1904 dan selesai pada tahun 1907, Lawang Sewu berada di bundaran Tugu Muda yang dahulu disebut Wilhelminaplein. Masyarakat setempat menyebutnya Lawang Sewu (Seribu Pintu) dikarenakan bangunan tersebut memiliki pintu yang sangat banyak. Meski kenyataannya pintu yang ada tidak sampai seribu. Bangunan ini juga memiliki banyak jendela yang tinggi da...

SEBUAH KISAH YANG INDAH

Sebuah kisah yg Indah.. Jerry adalah seorang manager restoran di Amerika. Dia selalu dalam semangat yang baik dan selalu punya hal positif untuk dikatakan. Jika seseorang bertanya kepadanya tentang apa yang sedang dia kerjakan, dia akan selalu menjawab, ” Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka menjadi orang kembar!” Banyak pelayan di restorannya keluar jika Jerry pindah kerja, sehingga mereka dapat tetap mengikutinya dari satu restoran ke restoran yang lain. Alasan mengapa para pelayan restoran tersebut keluar mengikuti Jerry adalah karena sikapnya. Jerry adalah seorang motivator alami. jika karyawannya sedang mengalami hari yang buruk, dia selalu ada di sana , memberitahu karyawan tersebut bagaimana melihat sisi positif dari situasi yang tengah dialamai. Melihat gaya tersebut benar-benar membuat aku penasaran, jadi suatu hari aku temui Jerry dan bertanya padanya, “Aku tidak mengerti! Tidak mungkin seseorang menjadi orang yang berpikiran positif sepanjang waktu. Bagaimana...

KOMITMEN TERHADAP GOAL

Lomba marathon internasional 1986 di New York diikuti ribuan pelari dari seluruh dunia. Lomba ini berjarak 42 km. mengelilingi kota New York. Jutaan orang di seluruh dunia menyaksikan acara ini melalui televisi secara langsung. Ada satu orang peserta yang menjadi pusat perhatian di lomba tersebut, yaitu Bob Willen. Bob seorang veteran perang Vietnam. Ia kehilangan kedua kakinya karena terkena ranjau saat perang. Untuk berlari, Bob menggunakan kedua tangannya untuk melemparkan badannya kedepan. Lomba pun dimulai. Ribuan orang mulai berlari secepat mungkin ke garis finish. Wajah mereka menunjukkan semangat yang kuat. Para penonton terus bertepuk tangan mendukung para pelari. 5 km telah berlalu. Beberapa peserta mulai kelelahan, mulai berjalan kaki. 10 km berlalu. Saat ini mulai nampak siapa yang mempersiapkan diri dengan baik, dan siapa yang hanya sekedar ikut untuk iseng-2. Beberapa yang kelelahan memutuskan untuk berhenti dan naik ke bis panitia. Sementara hampir seluruh pese...

Semua Terjadi Karena Suatu Alasan

Semua dimulai dari impianku. Aku ingin menjadi astronot. Aku ingin terbang ke luar angkasa. Tetapi aku tidak memiliki sesuatu yang tepat. Aku tidak memiliki gelar. Dan aku bukan seorang pilot. Namun, sesuatu pun terjadilah. Gedung Putih mengumumkan mencari warga biasa untuk ikut dalam penerbangan 51-L pesawat ulang-alik Challanger. Dan warga itu adalah seorang guru. Aku warga biasa, dan aku seorang guru. Hari itu juga aku mengirimkan surat lamaran ke Washington. Setiap hari aku berlari ke kotak pos. Akhirnya datanglah amplop resmi berlogo NASA. Doaku terkabulkan. Aku lolos penyisihan pertama. Ini benar-benar terjadi padaku. Selama beberapa minggu berikutnya, perwujudan impianku semakin dekat saat NASA mengadakan test fisik dan mental. Begitu test selesai, aku menunggu dan berdoa lagi. Aku tahu aku semakin dekat pada impianku. Beberapa waktu kemudian, aku menerima panggilan untuk mengikuti program latihan astronot khusus di Kennedy Space Center . Dari 43.000 pelamar, kemudian 10.0...